06
Jan

nak berhenti kerja?

chickencrappyjobDulu, apabila saya cakap saya mahu berhenti kerja, ramai juga yang terkejut. Termasuklah ibu bapa saya. Iya lah.. dah dapat kerja elok-elok , gaji pun dah bagus.. kenapa nak berhenti kerja pula? Hilang akal apa?

Tetapi, setelah saya menceritakan kepada ibu-bapa saya tentang perihal keterlanjuran perniagaan yang saya lakukan dan bagaimana situasi saya sekarang, mereka akhirnya faham dan merestui tindakan saya.

Kepada sahabat-sahabat & pembaca blog ini yang ingin berhenti kerja dan melakukan perniagaan sepenuh masa,  izinkan saya berkongsi sedikit tips & pengalaman saya bersama anda semua.

Apabila bercakap mengenai perihal kewangan, saya sebenarnya adalah seorang yang bersikap sedikit konservatif dan sentiasa mahukan “play safe”… (play safe disini bukanlah bermaksud menggunakan kondom yer! oh!) .

“Play safe” yang saya maksudkan disini ialah.. “berhati-hati”, ini disebabkan saya adalah seorang lelaki yang sudah berkeluarga (suami & bapa). Apabila saya ingin mengambil sesuatu keputusan, saya bukan sahaja perlu memikirkan tentang risiko yang terpaksa ditanggung oleh diri saya sendiri, tetapi saya perlu turut mempertimbangkan risiko-risko yang akan dialami oleh isteri & anak-anak saya. Oleh itu, penilaian keputusan perlu dibuat dengan lebih mendalam.

Bagi orang-orang yang “bujang” yang masih belum merasa “nikmat” bergurau senda diantara pusat dan lutut mempunyai tanggungjawap yang besar, bagi saya, risiko yang mereka perlu tanggung apabila ingin berhenti kerja tidaklah terlalu besar jika ingin dibandingkan dengan orang yang sudah berumahtangga. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih tinggal serumah dengan ibu-bapa. Tiada apa yang perlu dirisaukan! Apakah perkara yang paling teruk yang boleh berlaku? ( orang jawa kata.. “What the worst that could happen?”) Dihalau oleh ibu bapa dari rumah?… takkan lah kot.. paling kuat pun.. kena bebel je…

Berbeza bagi orang yang sudah berumahtangga, risiko yang perlu ditanggung bukanlah terhad kepada diri sendiri, tetapi ia juga melibatkan keluarga. Saya tak kisah kalau kena makan megi setiap hari atau terpaksa berpuasa untuk 2-3 hari.. tetapi.. bagi anak-anak?.. takkan nak suruh mereka berpuasa juga? Sebab itulah saya mengambil masa yang sedikit panjang di dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja. Saya perlukan “situasi” yang selamat…

Alhamdulilah, pada bulan Ogos 2008 tahun lepas, saya telah berjaya menyediakan “situasi selamat” tersebut, dimana, sebelum saya menghantar surat perletakkan jawatan, saya telah memastikan:-

  • kesemua hutang piutang saya telah dilangsaikan, ini termasuklah  hutang kereta, hutang kad kredit dan hutang PTPTN.
  • mempunyai “reserve funds” selama 2 tahun. Bermaksud, selepas saya berhenti kerja ini, jika saya tidak mendapat wang sesen pun setiap bulan, saya masih boleh “survive” selama 2 tahun menggunakan wang simpanan yang ada.
  • memiliki “sumber pendapatan/perniagaan” lain yang stabil. Ya.. sebelum saya berhenti kerja, saya telah memantau pendapatan saya selama setahun dan mendapati, setiap bulan, pendapatan saya dari “sumber lain (perniagaan internet)” , adalah tidak kurang 2x ganda dari “gaji” pekerjaan makan gaji saya. Malah kadang-kala,  pendapatan saya perolehi melalui “perniagaan internet saya, melebihi sehingga 4-5x ganda gaji bulanan saya. Especially pada bulan-bulan yang mempunyai 5 minggu dalam sebulan. Mempunyai pendapatan yang stabil ini adalah penting, ini adalah bukti, bahawa anda benar-benar tahu dengan apa yang anda lakukan dan bukannya hanya sekdar “nasib”. Ada sesetengah orang bernasib baik memperolehi pendapatan RM10-30k sebulan.. tetapi malangnya, hanya pada bulan itulah sahaja.. pada bulan-bulan seterusnya, nak dapat RM1,000 pun susah.
  • mempunyai  rancangan untuk mengembangkan perniagaan. Ya! sebelum anda berhenti kerja, anda sepatutnya sudah mempunyai “perancangan” tentang apa yang ingin anda lakukan dalam masa 2-3 tahun selepas itu. Jangan nanti, lepas berhenti kerja, buat satu projek, lepastu.. dah tak tahu nak buat apa… parah kalau macam tu.

Itulah beberapa tips dari saya yang mungkin anda boleh gunakan jika anda ingin berhenti kerja. Buatlah keputusan dengan bijak, jangan berhenti kerja semata-mata disebabkan anda dimarahi bos, atau tertekan kerana terlalu banyak kerja, ataupun disebabkan “claim” over time anda tidak diluluskan.  Berhenti kerja secara mem”khinzir” buta, mungkin tidak menjadi masalah bagi orang bujang.. tetapi bagi yang sudah berkeluarga seperti saya, kita sepatutnya berfikiran lebih matang dan jauh.

Apa-apa pun, setiap orang mempunyai penilaian yang berbeza, sesuatu yang baik bagi saya, mungkin tidak baik bagi anda. “Nilai diri” setiap manusia adalah berbeza.. (err.. “Nilai Diri” yang saya maksudkan disini bukan “Harga Diri” yer.. nak tahu apa nilai diri, kena baca buku “Anda Berhak Hebat”).. jesteru menyebabkan setiap pilihan yang dibuat juga adalah berbeza.

Sekian… semoga berjaya!

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

04
Jan

Buku-buku yang mengubah hidup saya!

Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini. Kunci utama  / perkara pertama yang perlu kita lakukan untuk kita berjaya di dalam hidup, ialah “membaca”. Sebab itulah ayat pertama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w , berbunyi.. “Iqra” (Yang bermaksud..”Bacalah”). Ia sebenarnya membawa maksud yang sangat-sangat mendalam… kunci kepada kepada kejayan, ialah ilmu, dan teknik paling asas untuk memperolehi ilmu adalah dengan membaca.

Namun begitu, malang sekali, ramai dikalangan kita yang berhenti membaca apabila selesai sahaja “sesi persekolahan” mereka.  Anggapan mereka, buku hanyalah sesuai untuk dibaca bila mahu “ambik periksa”, kalau tidak, ianya dianggap membuang masa dan sesuatu yang amat membosankan. Jadi, tidak hairanlah jika ramai yang cemerlang sewaktu di alam persekolahan, menjadi biasa-biasa sahaja apabila menempuh alam pekerjaan dan alam kehidupan yang sebenar.

Ok lah!  tidak mahu membebel, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai buku-buku yang telah banyak memberikan ilmu dan mempengaruhi hidup saya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua penulis-penulis dan juga penerbit yang telah berjaya menghasilkan buku tersebut.

1. Jutawan Dari Planet Jupiter
Oleh Azizi Ali

Inilah buku yang telah mengubah hidup saya 180 darjah.  Sebelum ini, hidup saya sering di”momokan” dari orang-orang yang tidak kaya, yang menyatakan, orang-orang kaya adalah orang-orang yang  sombong dan jahat. Harta kekayaan itu adalah punca kepada kejahatan.

Tetapi, setelah saya membaca buku ini, ia telah menyedarkan saya tentang hakikat sebenar orang-orang kaya dan mengapa saya perlu menjadi kaya. Realitinya adalah sangat berbeza, wang, duit dan harta kekayaan hanyalah “alat”,  ia bukanlah penyebab untuk seseorang itu menjadi “jahat”.  Manusia kalau nak jadi jahat, tak perlu tunggu kaya, sewaktu tidak kaya pun dah boleh jadi jahat.

Jadi, buku ini memang betul-betul telah menyedarkan saya dan telah banyak mengajarkan sya tentang ilmu menguruskan kewangan dengan betul dan berkesan.

2. Lahirnya Seorang Jutawan
Oleh Azizi Ali

Setelah membaca buku “Jutawan Dari Plenat Jupiter” , saya telah menjadi “Kipas Besar” (Big Fan) , kepada saudara Azizi Ali. Semua buku tulisannya telah saya beli dan baca. Buku ini juga telah memberikan impak yang besar dalam hidup saya. Menerusi buku ini, barulah saya tahu bahawa, sebagai seorang yang “makan gaji” juga, kita masih boleh menjadi jutawan. Dari buku inilah saya mengetahui tentang apa itu “active income”, “passive income” dan juga “multiple stream of income”. Saya mula nampak sedikit jalan untuk menjadi jutawan setelah membaca buku ini.

3. Before You Quit Your Job
Oleh Robert T. Kiyosaki

Buku ini pula adalah buku yang saya baca sewaktu saya merancang untuk berhenti kerja. Sebelum saya bca buku ini, saya telah merancang-rancang untuk berhenti kerja pada bulan hadapannya.  Tetapi, setelah selesai membaca buku ini, niat saya untuk berhenti kerja itu , terus saya pendamkan dan tanguhkan. Rupa-rupanya, masih banyak perkara yang perlu saya kuasai sebelum saya boleh mengambil keputusan untuk berhijrah dari status “pemakan gaji” kepada status “bekerja sendiri”(self-employed) ataupun “Ahli Perniagaan” (Bussinessman). Antara kemahiran asas yang paling penting yang perlu saya kuasai sebelum saya boleh berhenti kerja, ialah kemahiran “menjual” (marketing skills). Ramai yang gagal dalam menjalankan perniagaan mereka kerana mereka adalah kerana tidak mempunyai kemahiran menjual. Apa yang mereka mahir hanyalah membuat kerja-kerja penghasilan produk, tetapi, kerja-kerja memasarkan produk , mereka langsung tidak tahu. Ini menjawap, mengapa seorang tukang masak yang handal belum tentu boleh menguruskan sebuah restoran yang berjaya. Seorang tukang jahir yang handal, belum tentu dapat menguruskan kedai jahit yang berjaya dan menguntungkan.

4. Trump University : 101 Marketing
Oleh Don Sexton

Menyedari ilmu pemasaran dan menjual adalah suatu ilmu yang amat penting untuk saya kuasai, maka saya mendapatkan pula buku 101 Marketing ini. Memang banyak ilmu berkenaan “marketing” saya perolehi dari buku ini. Setelah saya selesai membaca buku ini, saya rasa seperti seolah-olah saya baru sahaja menamatkan pengajian MBA di universiti. ho! ho! ho!… terlalu banyak info berkaitan marketing yang praktikal dan akademikal di dalam buku ini.

5. Secret Of Millionaire Minds
Oleh T. Harv Eker

Mengetahui tentang bagaimana menguruskan kewangan dan menjalankan perniagaan sahaja, rupa-rupanya adalah tidak mencukupi. Saay mula tersedar akan hal itu apabila membaca buku “Secret Of Millionaire Minds” ini.  Buku ini menerangkan, betapa pentingnya kita memiliki “set minda” (mind setting) yang betul untuk menjadi jutawan. Ada 17 sikap /”mindseting” yang perlu kita pupuk dan bina dalam diri dan minda kita jika kita mahu menjadi seorang jutawan. Buku ini membuatkan saya tidak nyenyak tidur selama seminggu. Diri saya terlalu aktif dan terlalu bermotivasi setelah selesai  membaca buku ini, ia seolah-olah ada suatu kuasa yang mendorong saya untuk bekerja lebih keras dan tidak membenarkan diri saya untuk berehat dan tidur melebihi 4 jam. Terasa terlalu banyak masa akan terbuang jika tidur terlalu lama.

6. Secret Of Self made Millionaires
Oleh Adam Khoo

Buku ini pula memang mengujakan, ia merangkumi keseluruhan aspek dan strategi bagaimana untuk menjadi jutawan pada masa kini. Bermula dari aspek memiliki “minda”  yang betul, kemudian kepada aspek pengurusan kewangan, seterusnya kepada ilmu di dalam menjalankan perniagaan internet dan akhirnya kepada ilmu pelaburan untuk tujuan menambah kekayaan. Saya sangat enjoy membaca buku ini kerana buku ini, meng”iya”kan tentang strategi dan laluan yang saya rancangkan dalam hidup saya untuk menjadi seorang jutawan.

7. Anda Berhak Hebat
Oleh Md Taib Isa

Buku inilah yang memberikan saya semangat dan kekuatan untuk berhenti kerja. Setelah saya selesai membaca buku ini, esoknya, saya telah menghantar surat resign kepada bos saya. Buku ini telah menyedarkan saya, bahawa dalam kehidupan ini tiada istilah “pilihan terbaik”. Apa yang ada hanyalah, anda pilih.. dan anda lakukan pilihan anda itu dengan sebaik mungkin dan jadikan ia sebagai pilihan terbaik anda.

Contoh paling mudah, adalah sewaktu kita membuat pilihan untuk berkahwin dengan pasangan kita, persoalannya, adakah ia pilihan terbaik? Percayalah.. anda tidak akan tahu.. ini kerana, untuk menentukan sesuatu itu terbaik atau tidak, anda perlu membuat “perbandingan”… tetapi, masalahnya, anda hanya pilih satu dan berkahwin dengan seorang isteri/suami sahaja?.

Jadi, mana mungkin anda boleh membuat perbandingan dan mana mungkin and aboleh mengetahui bahawa pasangan anda itu adalah pilihan terbaik anda?  Siapa tahu, jika anda berkahwin dengan orang lain, mungkin hidup anda akan menjadi  jauh lebih baik?

Jadi, berdasarkan hakikat itu, sememangnya tiada “pilihan terbaik” dalam dunia ini, apa yang ada, hanyalah.. kita buat pilihan, dan berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan pilihan kita itu sebagai sesuatu yang terbaik dalam hidup kita.

Itulah yang menyedarkan saya… sama ada saya terus bekerja atau berhenti kerja? Saya perlu membuat pilihan.. dan apabila saya telah memilih salah satu darinya, there are no turning back.. dan tiada sebarang penyesalan.. yang ada.. cuma..  do or die!.

Kegagalan? Apa nak ditakutkan.. kalau gagal.. boleh cuba lagi.. gagal lagi.. cuba lagi.. gagal lagi.. cuba lagi.. cuba lagi.. cuba lagi.. sampailah berjaya! ataupun.. sampai mati. Tiada istilah gagal dalam hidup ini.

8. The Secret
Oleh Rhonda Byrne

Buku ini adalah fenomena, seperti mana suatu masa dulu ketika Sir Isaac Newton menemui “hukum graviti”. “Hukum Tarikan” adalah sebuah penemuan sains yang terbaru. Bagi sesetengah orang, ianya adalah “common sense”, sepertimana mereka menganggap.. biasalah.. “kalau buah epal dah masak, mestilah ia jatuh ke bawah”. Tetapi dengan pengetahuan yang mendalam mengenai “hukum graviti” ,  maka, manusia boleh mencipta kapal terbang, payung terjun dan sebagainya. “Hukum Tarikan” juga kelihatan seperti “common sense”, iaitu, kalau nak sesuatu, kita perlulah berdoa, berusaha dan bersyukur. Tetapi, dengan mengetahui tentang “hukum tarikan” dengan lebih jelas dan mendalam, ia akan memudahkan lagi diri kita untuk mencapai segala impian yang kita ingini di dalam hidup.

Buku ini memang menarik, ia banyak membantu saya di dalam mempercepatkan dan memudahkan lagi usaha-usaha  untuk mencapai  semua “impian” di dalam hidup saya.

Oklah.. itulah antara beberapa buku yang banyak membantu saya di dalam memperbaiki kehidupan saya. Sebenarnya, ada banyak lagi… tapi cukuplah untuk kali ini.

Jadi..apa pula buku yang mengubah hidup anda?


02
Jan

Cek dari clickbank

ho! ho!.. bukan nak riak yer, tapi saje je nak post untuk buat kenangan ( USD215 terlalu kecil untuk di”riak”kan).  Bukan apa, masa dapat “cek google adsense” yang pertama dulu, tak sempat nak ambik gambar.. ho! ho!.

Maklumlah, pengalaman malam kali pertama itu kan selalunya mengujakan.

Gambar diatas, adalah gambar cek clickbank saya yang pertama.  Hopefully, lepas nie amaun yang diterima adalah lebih besar lagi.

Saya bukanlah seorang pakar clickbank, check yang saya terima ini pun, adalah hasil daripada mem”praktikan” teknik simple yang diajarkan di dalam ebook “Two Minute Profit” yang saya beli tahun lepas dengan harga USD9.97. Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook tersebut, anda boleh klik  >> disini! <<